Thursday, September 27, 2012

ICT configuration ( Faedah/ Usefull )

ICT can be so can make profit for everyone who use it.

Ok macamni apakah Information yang anda semua dapat hasil daripada melayari internet? Sudah tentu anda akan menaip Keyword carian yang anda inginkan contohnya sesuatu spesifik seperti rekabentuk rumah idaman, Fesyion atau sebagainya. So apakah faedahnye?
1) Medium untuk tambahkan "knowledge" dengan membaca.
2) Menggunakan masa untuk berseronok dengan cara yang " High Tech" iaitu guna laptop. Laptop merupakan mesin canggih yang tercipta daripada komputer yang asalnya untuk memonitor peluru berpandu pada zaman perang dahulu kala kot. Kalo tak silap saya lah.
3) Seronok berkenalan dengan ramai individu lain secara online. Contoh guna blog maybe.
4) Minda anda akan lebih kreatif sebab banyak membaca dan melihat gambar yang "High tech" contoh gambar ciptaan teknologi masa kini.
5) Maybe dapat pulangan kewangan jika ada rezeki memperolehi teknik betul menjana sumber kewangan.
6) Isi masa lapang dengan faedah seperti membaca info yang berkaitan kesihatan dan cara menjaga kualiti makanan.
7) Korang carilah lagi info sendiri sebab saya nak rehat  menaip jap haha

Monday, May 28, 2012

Comfort Zone

Zon selesa vs kemajuan
Saya mendapat info dari bahan bacaan tak lama dahulu. Terdapat seorang ahli perniagaan dari US (Amerika syarikat) yang memiliki aset perniagaan berbilion dollar menghalau anak perempuannya dari rumah kerana meminta duit untuk mengubahsuai dapur.
Pada pendapat anda kenapa ahli perniagaan tersebut menghalau anak kesayangannya sedangkan duit tersebut terlalu sedikit jika dibandingkan dengan aset berbillion dollar yang dimiliki? Tak masuk akal kan?
Bagi pendapat saya, ahli perniagaan tersebut dengan tegas mendidik anaknya untuk berdikari dan berusaha untuk memiliki sesuatu. Bukan dengan mudah meminta-minta untuk mencapai matlamat dihajati.
Difikirkan jika seseorang anak selalu berada dalam zon selesa dibelai ibu bapa dengan kemewahan. Tiada ciri-ciri gigih dan tabah dalam anak-anak kecil tersebut."You Want It, You must get It!"

Sunday, May 27, 2012

Masa Dan Tenaga

Penulis mendapat inspirasi daripada video daripada sukan permotoran yang ditonton baru-baru ini. "Spirit Of Competition" apakah maksud ayat tersebut? Macamana pelumba handal dihasilkan. Apakah teknik untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang?
Sudah tentunya jika kita menumpukan masa dan tenaga kearah objektif tertentu, kita pasti akan menghasilkan performance atau kemajuan yang mengagumkan. Sebagai contoh seorang pelumba Formula 1 yang sentiasa berada dalam kereta dan memandu dengan "Passion and Exitement" akan sudah pastinya akan menjadi pelumba handalan. Jika pelumba yang sekali sekala duduk dalam litar sudah pastinya akan menjadi pelumba berprestasi tercorot!

Friday, May 25, 2012

SEO

SeO technique-
Apa yang penting adalah objective memudahkan perlawat mencari link dalam web kita supaya mereka menjumpai matlamat carian mereka.
So pasangkan niat kita supaya web kita ini membantu pengguna lain mencari informasi yang diingini.
Salah satu lagi ialah apakah tujuan kita menggunakan ICT? mencari maklumat bergunakan?
Oleh itu tajamkan kemahiran kita dalam proses pencarian maklumat dengan pencarian keyword dan kajian keyword.
Ini adalah pendapat penulis mengenai SEO(search engine optimization)

Thursday, May 24, 2012

Nilai Dorongan

This Video from http://www.youtube.com/watch?v=VMzuzMD6eF4&feature=related
Tuan punya channel cakap suruh letak link beliau.


Penulis ingin berkongsi sesuatu tentang video diatas. Video di atas berkaitan dengan keupayaan ketenteraan dan lirik berkaitan perang dingin.
Perang dingin? Apa itu perang dingin? Pada suatu hari penulis pernah berkusus berkaitan NLP di Kuala Terengganu. Penceramahnya ialah seorang ahli perniagaan yang dapat performance yang agak hebat dari segi pencapaian kewangan.
Penceramah memandang tepat pada mata penulis dan tanya soalan beberapa kali. Berapakah pendapatan kewangan anda? beliau menjawab dengan nada tegas "Kalau pendapatan dibawah RM3 ribu sebulan adalah lemah"
Tepat kena dahi penulis kerana pada masa itu(26 tahun) pendapatan penulis tidak mencecah 3 ribu sebulan.
Dengan nada memandang rendah dan mengejek, penceramah meneruskan lagi cakap " Banyak tu lemah, miskin dan miskin tak guna!". Dahla kena bayar RM700 sehari untuk belajar hari tu pastu kene ejek pula! haha
Rasa nak rodok je mulut penceramah tu dengan senduk nasi.
Tapi selepas 6 bulan, sesuatu terjadi kepada penulis. Performance kewangan naik melebihi 3 ribu sebulan setelah diejek sebegitu rupa!
Terima kasih kepada penceramah yang memberi cabaran dan dorongan kepada penulis untuk lebih maju!
Lirik video muzik di atas cakap" It's all you got? haha...(mengejek)
video menunjukkan saling bersaing dengan kehebatan teknologi ketenteraan.

Wednesday, May 16, 2012

Bangsa Jepun


Penulis dapat Inspirasi dari video di atas untuk merasai situasi perang Dunia kedua.

Saya dapat info dari salah satu sumber berkaitan kehebatan bangsa Jepun di mata dunia. Bangsa jepun terkenal dengan budaya "Keisan" iaitu gila kerja.
Semangat berkerja berpasukan,gaya berfikir, dan gaya bekerja yang bersungguh-sungguh menjadikan bangsa Jepun antara yang mengkagumkan dari segi pencapaian dan hasil dari segi ekonomi.Kini dari segi pendapatan tahunan negara, Jepun mengekori rapat dibelakang pencapaian negara kuasa ekonomi besar dunia.
Kekurangan orang Jepun dari segi berfizikal kecil, tidak fasih berbahasa Inggeris dan sering dilanda bencana alam tidak menghalang bangsa Jepun untuk menjadi antara yang bangsa paling dihormati dunia.
Selepas serangan Salah satu kuasa besar pada 1945, semua pakar ekonomi mengjangkakan Jepun akan terus musnah. Namun bangsa tersebut mampu bangkit semula dan menyaingi ekonomi negara yang menyerangnya. Dari segi teknologi tertentu, Jepun lebih hebat dari Kuasa besar dunia yang lain. Kita semua boleh meniru dari segi sikap dan gaya berfikir bangsa tersebut untuk kebaikan.

Monday, May 14, 2012

Weapon Technology Advance




Seperti entri sebelum ini penulis ada cakap yang sesuatu yang hebat tak akan tercipta tanpa rasa terdesak dan ayat "Do or Die" dan belajarlah dari kesusahan digunakan oleh seorang tokoh perniagaan yang mempunyai aset perniagaan berpuluh juta ringgit.
Kalo tak silap penulis Russia pernah terlibat dalam kancah peperangan Dunia kedua dan Perang Dingin antara salah satu kuasa besar dunia. Sebabtu tekanan untuk terus disegani, negara tersebut mencipta senjata yang paling hebat dan tercanggih didunia. Penulis sangat kagum dengan kehebatan ketenteraan yang dimiliki negara tersebut. Penulis ingin belajar sesuatu dari perkara ini dan mungkin entri dan video ini memberi Inspirasi kepada anda semua.