Thursday, April 19, 2012

Ketamadunan Manusia

Cuba anda semua lihat dan rasai kesungguhan dan keghairahan kerja Crew dan Staf syarikat pengeluaran Super Car yang mashur ini. Cuba rasai emosi melalui muzik dan ketelitian mereka menghasilkan ciptaan berkualiti dan sangat berteknologi tinggi ini. Adakah anda merasai emosi untuk tekun dan enjoy dengan kerja anda?

Apa yang anda semua kejar dalam kerjaya? adakah duit semata-mata? Penulis sendiri akui pernah berkerja dan berusaha kerana duit semata-mata dan kesannya sangat negatif. Jika kita tidak memiliki emosi minat mendalam dalam kerja kita kita semua akan selalu kecewa!

Apa yang saya nak kongsikan ialah kesungguhan berkerja lahir daripada minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang. Minat terhasil apabila kita rasa seronok dengan sesuatu aktiviti yang dilakukan. Adakah anda setuju? Jika kita seronok dengan kerja, kita akan memberikan Quality kerja yang baik. Menghasilkan inovasi yang tinggi nilainya. Saya dah kongsikan teknik macamana untuk menghasilkan emosi seronok dalam aktiviti kerja sebelum ni.

Melalui penghasilan inovasi teknologi tinggi macam video di atas akan memacu ketamadunan dan kemajuan manusia. Nak tanya satu soalan cepu emas. Korang nak tak Kereta Lamboghini yang harganya jutaan ringgit secara Free? Kalo tidak berminat confirm kepala korang dah tak betul hahaha....... mesti dah ada wayar tercabut dalam kepala korang.