Saturday, May 5, 2012

Failed tech

Apakah maksud kegagalan bagi seorang yang sangat profesional dalam kerjaya? Adakah anda rasa seorang tokoh rasa kecewa dengan kegagalan yang beliau hadapi? Penulis banyak membaca buku, memerhati dan mengkaji seseorang tokoh atau professional dalam sesuatu bidang dan dapat membuat kesimpulan disini bahawa seseorang yang professional tidak akan kecewa jika gagal dalam sesuatu perkara.

Di ibaratkan macamni, "Life is journey not a destination" . Dalam sesuatu aktiviti yang dilakukan, apakah yang anda harapkan? Mencapai kejayaan dalam masa singkat? Atau keseronokkan dalam melakukan aktiviti tersebut?

Ada seorang jutawan muda menulis dalam buku beliau. " Jika kita tidak bahagia sekarang, Kita tak akan bahagia selamanya" So maksudnya disini ialah cubalah bergembira dengan aktiviti yang anda lakukan. Jika kita lakukan sesuatu dengan emosi yang tak gembira kita akan dapat hasil yang tidak seberapa. Contoh macamni, jika kita memasak dengan penuh perasaan teruja, gembira dan seronok, masakan akan jadi sedap. Dan jika sebaliknya jika kita memasak dengan perasaan marah, tertekan dan nak cepat masak, masakan mungkin akan tidak sedap dan tidak sempurna. Adakah anda bersetuju?

Kebanyakkan golongan profesional tidak anggap sesuatu usaha sebagai tekanan tetapi sebagai aktiviti kerja yang menyeronokkan. Jika kita seronok dengan sesuatu aktiviti, kita akan terus melakukannnya walaupun banyak kali gagal. Sebab tujuan asalnya adalah untuk mengecapi rasa keseronokkannya bukan kerana duit atau hasil. Adakah anda faham maksud saya? Jika kita selalu rasa benci dengan kerja kita, emosi kita selalu rasa sedih dan tertekan dan boleh ditakrifkan sebagai kegagalan. Kegagalan bermula apabila kita berhenti mencuba. Adakah golongan profesional akan berhenti dengan aktiviti keseronokkan mereka? saya rasa tidak. Golongan yang akan berputus asa adalah golongan yang tidak seronok dengan aktiviti mereka!