Saturday, May 12, 2012

My Involved In ICT BIZ

Salam, Ok first pada suatu hari saya ada membaca tentang pemasaran melalui online. Sebelum kita menjadi peniaga kita perlu menjadi pembeli. Penulis telah test pembelian produk secara online iaitu e-bay dan pembayaran melalui Paypall. Guna Mastercard.


Proses ini sangat mudah tapi rumit jugak hehe. Perlu baca maklumat dalam kedua-dua website tersebut. Minggu lepas penulis membeli produk ditempah daripada Amerika(United State) iaitu permainan video tentang peperangan. Maklumlah penulis takut peperangan sebenar jadi nak feel rasa macamana berperang dalam dunia maya ni. Kos pembelian dan penghantaran adalah sebanyak USD 14.00 bersamaan RM44.80
dan ternyata lebih murah kerana CD Origenal adalah RM150.00 jika dibeli di Malaysia. Jika penulis tak silaplah masa survey dulu. Nampak tak kelebihannya?

Penulis mengutamakan Kualiti  produk iaitu ianya adalah Bukan Cetak Rompak! Ok bercakap pasal Permainan video ni ia ada kebaikan dan keburukan. Sama macam pisau boleh guna untuk manfaat atau sebaliknya. Ok jom kita bincang pasal kebaikan permainan ni, permainan ni boleh menjana keseronokkan melalui pencapaian Point iaitu kemajuan dalam peperangan. Semakin tough dan kuat anda di medan perang semakin banyak score. Ia dapat memangkin kecekapan membuat keputusan dan cekap dalam pegaturan gerakan cara strategi. Dapat fikir kebaikan ia?  Game ni bagi pendapat penulis mampu menjana lebih kreativiti.

Memandangkan Ia adalah produk asli, penulis berpeluang berkenalan dengan pemain dari Hungary dan Choritia melalui sambungan online semalam. Mereka semua ni handal dalam pengaturan gerakan dan strategi peperangan. Memang kelakar lepas mereka semua bunuh penulis dengan kejamnya yang masih tak mahir ni mereka dengan mesranya cakap SORRY haha. Dalam game mereka dengan mesranya tanya jugak Where you from? Are you new guy? From East Country? haha memang best dapat main game dengan individu jauh jaraknya beribu batu beb.

Maybe nanti saya akan berusaha memasarkan produk seperti ini di Internet. Memang cool.