Thursday, May 24, 2012

Nilai Dorongan

This Video from http://www.youtube.com/watch?v=VMzuzMD6eF4&feature=related
Tuan punya channel cakap suruh letak link beliau.


Penulis ingin berkongsi sesuatu tentang video diatas. Video di atas berkaitan dengan keupayaan ketenteraan dan lirik berkaitan perang dingin.
Perang dingin? Apa itu perang dingin? Pada suatu hari penulis pernah berkusus berkaitan NLP di Kuala Terengganu. Penceramahnya ialah seorang ahli perniagaan yang dapat performance yang agak hebat dari segi pencapaian kewangan.
Penceramah memandang tepat pada mata penulis dan tanya soalan beberapa kali. Berapakah pendapatan kewangan anda? beliau menjawab dengan nada tegas "Kalau pendapatan dibawah RM3 ribu sebulan adalah lemah"
Tepat kena dahi penulis kerana pada masa itu(26 tahun) pendapatan penulis tidak mencecah 3 ribu sebulan.
Dengan nada memandang rendah dan mengejek, penceramah meneruskan lagi cakap " Banyak tu lemah, miskin dan miskin tak guna!". Dahla kena bayar RM700 sehari untuk belajar hari tu pastu kene ejek pula! haha
Rasa nak rodok je mulut penceramah tu dengan senduk nasi.
Tapi selepas 6 bulan, sesuatu terjadi kepada penulis. Performance kewangan naik melebihi 3 ribu sebulan setelah diejek sebegitu rupa!
Terima kasih kepada penceramah yang memberi cabaran dan dorongan kepada penulis untuk lebih maju!
Lirik video muzik di atas cakap" It's all you got? haha...(mengejek)
video menunjukkan saling bersaing dengan kehebatan teknologi ketenteraan.