Monday, May 28, 2012

Comfort Zone

Zon selesa vs kemajuan
Saya mendapat info dari bahan bacaan tak lama dahulu. Terdapat seorang ahli perniagaan dari US (Amerika syarikat) yang memiliki aset perniagaan berbilion dollar menghalau anak perempuannya dari rumah kerana meminta duit untuk mengubahsuai dapur.
Pada pendapat anda kenapa ahli perniagaan tersebut menghalau anak kesayangannya sedangkan duit tersebut terlalu sedikit jika dibandingkan dengan aset berbillion dollar yang dimiliki? Tak masuk akal kan?
Bagi pendapat saya, ahli perniagaan tersebut dengan tegas mendidik anaknya untuk berdikari dan berusaha untuk memiliki sesuatu. Bukan dengan mudah meminta-minta untuk mencapai matlamat dihajati.
Difikirkan jika seseorang anak selalu berada dalam zon selesa dibelai ibu bapa dengan kemewahan. Tiada ciri-ciri gigih dan tabah dalam anak-anak kecil tersebut."You Want It, You must get It!"